SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN

KM 7, JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS.

NO TEL/ FAX : 04-9381466

EMEL:
sekolahsantan@yahoo.com
















Jumaat, 16 April 2010

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Tarikh : 15 & 16 Apr 2010
Hari : Khamis & Jumaat
Tempat : SK Santan
Moto : Sukan Didahulukan, Akademik Diutamakan

SK Santan telah mengadakan program 1 Murid 1 Sukan pada tarikh yang tertera seperti di atas.

MATLAMAT PROGRAM

1) Bertujuan untuk memberi tunjuk ajar, nasihat, pendedahan dan bimbingan kepada murid-murid supaya terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
2) Untuk membantu unit kokurikulum dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid
3)Kejayaan pelajar juga merangkumi aspek sukan yang menjadi tunjang disiplin yang menentukan hala tuju pelajar tersebut.
4) Murid-murid sekolah akan lebih yakin untuk terlibat dalam sukan semasa mewakili sekolah
5) Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan murid-murid sekolah dapat menjalani kehidupan dengan lebih aktif dan produktif.


OBJEKTIF PROGRAM

- Dapat menyedarkan akan kepentingan sukan dikalangan murid-murid sekolah khususnya di dalam kehidupan seharian mereka.
- Dapat membentuk dan membina murid-murid sekolah yang sihat, cergas, bersih dan seterusnya mampu melahirkan pelajar sekolah yang berpotensi dan berkualiti serta lebih berkeyakinan tinggi.
- Memberi peluang kepada murid-murid sekolah menimba pengalaman yang berharga.
- Memupuk semangat setiakawan dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid sekolah serta dapat menjalin hubungan bekerjasama di dalam satu pasukan tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.
- Memberikan peluang kepada setiap murid sekolah untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan