SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN

KM 7, JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS.

NO TEL/ FAX : 04-9381466

EMEL:
sekolahsantan@yahoo.com
















Jumaat, 16 April 2010

Acara Pada Hari Program 1 Murid 1 Sukan

Tarikh: 15 Apr 2010 (Khamis)

5:00 p.m
- Acara Murid Lelaki (Tahun 5& 6) - Bola Sepak ikut rumah sukan
- Acara Murid Perempuan (Tahun 5&6) - Bola Jaring ikut rumah sukan
- Acara Murid Lelaki ( Tahun 3&4) - Pertunjukan Asas Sukan bolasepak
- Acara Murid Perempuan (Tahun 3&4) - Pertunjukan Asas Sukan bola jaring



Tarikh: 16 Apr 2010 (Jumaat)

7:40 a.m
- Perhimpunan
- Kehadiran Jemputan (Paluan Kompang)
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Ucapan Perasmian
- Pelancaran 1 Murid 1 Sukan
- Senamrobik & Persembahan Prasekolah Chicken Dance
- Persembahan Angklong


9:10 a.m
- Acara Guru dan Pelajar
- Perlawanan Bola sepak guru lelaki dengan murid lelaki
- Perlawanan Bola jaring guru perempuan dengan murid perempuan
- Acara Murid Tahun 1&2 - Melukis & Mewarna


10.30 a.m
- Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah



Rumah Sukan yang telah memenangi acara Bola Sepak
Johan :Rumah Biru
Naib Johan :Rumah Merah

Rumah Sukan yang telah memenangi acara Bola Jaring
Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Biru

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Tarikh : 15 & 16 Apr 2010
Hari : Khamis & Jumaat
Tempat : SK Santan
Moto : Sukan Didahulukan, Akademik Diutamakan

SK Santan telah mengadakan program 1 Murid 1 Sukan pada tarikh yang tertera seperti di atas.

MATLAMAT PROGRAM

1) Bertujuan untuk memberi tunjuk ajar, nasihat, pendedahan dan bimbingan kepada murid-murid supaya terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
2) Untuk membantu unit kokurikulum dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid
3)Kejayaan pelajar juga merangkumi aspek sukan yang menjadi tunjang disiplin yang menentukan hala tuju pelajar tersebut.
4) Murid-murid sekolah akan lebih yakin untuk terlibat dalam sukan semasa mewakili sekolah
5) Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan murid-murid sekolah dapat menjalani kehidupan dengan lebih aktif dan produktif.


OBJEKTIF PROGRAM

- Dapat menyedarkan akan kepentingan sukan dikalangan murid-murid sekolah khususnya di dalam kehidupan seharian mereka.
- Dapat membentuk dan membina murid-murid sekolah yang sihat, cergas, bersih dan seterusnya mampu melahirkan pelajar sekolah yang berpotensi dan berkualiti serta lebih berkeyakinan tinggi.
- Memberi peluang kepada murid-murid sekolah menimba pengalaman yang berharga.
- Memupuk semangat setiakawan dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid sekolah serta dapat menjalin hubungan bekerjasama di dalam satu pasukan tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.
- Memberikan peluang kepada setiap murid sekolah untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.