SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN

KM 7, JALAN SANTAN, 01000 KANGAR, PERLIS.

NO TEL/ FAX : 04-9381466

EMEL:
sekolahsantan@yahoo.com
















Isnin, 2 Ogos 2010

Pertandingan ICT Hari PSS

Hadiah Kuiz ICT


Hadiah tempat Pertama
Hadiah Tempat Pertama Pertandingan Power Point
Hadiah Tempat ke 3
Hadiah Tempat Ke 2
Penyampaian Hadiah kepada pemenang
Pertandingan Power Point





Kuiz ICT

Pertandingan Interaktif Matematik

Persembahan Power Point

Persembahan Power Point

FS mengendalikan pertandingan Typing Master

Pertandingan Typing Master
Penyampaian Hadiah

Penyampaian Sijil

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Aktiviti Hari Pusat Sumber Sekolah


Jumaat, 30 Julai 2010

Hari Pusat Sumber SK Santan

Tarikh : 8 Julai 2010
Masa  :  7.40 pg -6.00 ptg
Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari itu adalah  seperti Pertandingan Jejak Maklumat, ceramah, pameran, permainan, pertandingan mewarna/ melukis,jualan makanan dan minuman. Ianya bertujuan mencari sumber kewangan untuk memastikan dan mengekalkan keceriaan dan kecemerlangan Pusat Sumber sekolah yang telah memenangi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2009.
Pada hari itu juga turut diadakan Pertandingan ICT yang dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet dengan Kerjasama Pusat Sumber Sekolah .Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Power Point, Kuiz ICT, Interaktif Matematik & Typing Master. 
Dengan adanya aktiviti seperti ini diharapkan agar Pusat Sumber Sekolah akan terus mantap dan cemerlang.pada masa depan.

Selasa, 18 Mei 2010

Kemeriahan Sambutan Hari Guru SKS 2010

Sambutan Hari Guru SKS 2010

Pada 18 Mei 2010 (Selasa) SKS telah mengadakan sambutan Hari Guru yang telah dimeriahkan dengan pelbagai acara. Aturcara sambutan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
7.40 pg - Berhimpun di dataran perhimpunan
- Bacaan Doa
- Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
- Ucapan Ketua Murid
- Ucapan Naib Pengerusi PIBG SKS
- Ucapan Guru Besar
- Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa,
Biar Ku Menjadi Lilin & Top Of The World oleh guru-guru SKS
- Persembahan Guru/ Murid
- Pemberian Cenderahati Guru
- Pemberian Cenderahati Murid kepada Guru
9.10 pg - Rehat Tahap 1
9.30 pg - Rehat Tahap 2
10.00 pg- Sukaneka Guru
11.30 pg- Jamuan murid
12.30 tgh hari - Jamuan Guru

Jumaat, 16 April 2010

Acara Pada Hari Program 1 Murid 1 Sukan

Tarikh: 15 Apr 2010 (Khamis)

5:00 p.m
- Acara Murid Lelaki (Tahun 5& 6) - Bola Sepak ikut rumah sukan
- Acara Murid Perempuan (Tahun 5&6) - Bola Jaring ikut rumah sukan
- Acara Murid Lelaki ( Tahun 3&4) - Pertunjukan Asas Sukan bolasepak
- Acara Murid Perempuan (Tahun 3&4) - Pertunjukan Asas Sukan bola jaring



Tarikh: 16 Apr 2010 (Jumaat)

7:40 a.m
- Perhimpunan
- Kehadiran Jemputan (Paluan Kompang)
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Ucapan Perasmian
- Pelancaran 1 Murid 1 Sukan
- Senamrobik & Persembahan Prasekolah Chicken Dance
- Persembahan Angklong


9:10 a.m
- Acara Guru dan Pelajar
- Perlawanan Bola sepak guru lelaki dengan murid lelaki
- Perlawanan Bola jaring guru perempuan dengan murid perempuan
- Acara Murid Tahun 1&2 - Melukis & Mewarna


10.30 a.m
- Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah



Rumah Sukan yang telah memenangi acara Bola Sepak
Johan :Rumah Biru
Naib Johan :Rumah Merah

Rumah Sukan yang telah memenangi acara Bola Jaring
Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Biru

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Tarikh : 15 & 16 Apr 2010
Hari : Khamis & Jumaat
Tempat : SK Santan
Moto : Sukan Didahulukan, Akademik Diutamakan

SK Santan telah mengadakan program 1 Murid 1 Sukan pada tarikh yang tertera seperti di atas.

MATLAMAT PROGRAM

1) Bertujuan untuk memberi tunjuk ajar, nasihat, pendedahan dan bimbingan kepada murid-murid supaya terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
2) Untuk membantu unit kokurikulum dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid
3)Kejayaan pelajar juga merangkumi aspek sukan yang menjadi tunjang disiplin yang menentukan hala tuju pelajar tersebut.
4) Murid-murid sekolah akan lebih yakin untuk terlibat dalam sukan semasa mewakili sekolah
5) Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan murid-murid sekolah dapat menjalani kehidupan dengan lebih aktif dan produktif.


OBJEKTIF PROGRAM

- Dapat menyedarkan akan kepentingan sukan dikalangan murid-murid sekolah khususnya di dalam kehidupan seharian mereka.
- Dapat membentuk dan membina murid-murid sekolah yang sihat, cergas, bersih dan seterusnya mampu melahirkan pelajar sekolah yang berpotensi dan berkualiti serta lebih berkeyakinan tinggi.
- Memberi peluang kepada murid-murid sekolah menimba pengalaman yang berharga.
- Memupuk semangat setiakawan dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid sekolah serta dapat menjalin hubungan bekerjasama di dalam satu pasukan tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.
- Memberikan peluang kepada setiap murid sekolah untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Ahad, 28 Mac 2010

Warna-Warni Kejohanan Bola Jaring PKP Jejawi 2010

Kejohanan Bola Jaring Peringkat PKP Jejawi 2010

Kejohanan ini telah diadakan di pada 25 & 26 Mac 2010 dimana SK Santan telah menjadi penganjur untuk kejohanan pada tahun ini.
Senarai sekolah yang mengambil bahagian :
1) SK Santan
2) SK Kampong Salang
3) SK Oran
4) SK Chuping
5) SK Jejawi
6) SK Dato Kayaman

Berikut adalah aturcara kejohanan yang telah berakhir dengan jayanya:

Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)

3.00 petang - Pendaftaran
3.30 petang - Perasmian pembukaan kejohanan
- ucapan pengerusi
- Ucapan wakil pengarah JPN
- gimik pelancaran pembukaan

4.30 petang - perlawanan dimulakan
6.00 petang - kontigen meninggalkan arena

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)

3.00 petang - perlawanan separuh akhir
3.45 petang - rehat
4.15 petang - perlawanan akhir (SK Jejawi lwn SK Chuping)
5.00 petang - semua kontigen masuk padang
5.15 petang - penyampaian hadiah
- perasmian penutup
- bersurai
Berikut adalah keputusan kejohanan :
Johan : SK Jejawi
Naib Johan : SK Chuping
Tempat Ke-3 : SK Kampong Salang
: Sk Oran

Majlis tetap berakhir dengan jayanya walaupun gimik upacara penutupan tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat pada petang tersebut.
Tahniah diucapkan pada semua warga SK Santan amnya dan AJK Kejohanan khususnya yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini.

Isnin, 1 Februari 2010

HARI ANUGERAH 2009

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Santan akan menjadi sekolah berkesan menjelang tahun 2012

MISI SEKOLAH

◙ Memastikan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan; pemangkin prestasi cemerlang.

◙ Penerapan nilai-nilai murni

◙ Mempertingkatkan prestasi kokurikulum.

◙ Mendidik murid supaya berkemahiran generik

◙ Mewujudkan suasana sekolah dalam taman

◙ Merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara

Isnin, 25 Januari 2010

SK Santan Johan Anugerah Pusat Sumber Terbaik Kebangsaan 2009

SK Santan telah berjaya merangkul Anugerah Pusat Sumber Terbaik Kebangsaan 2009 (Kategori Luar Bandar). Tahniah diucapkan kepada warga kerja PSS khususnya dan warga SKS amnya yang bertungkus lumus dalam merealisasikan kejayaan ini.
SKS BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PENTADBIRAN BARU SK SANTAN

PENTADBIRAN BARU SK SANTAN 2010

GURU BESAR : EN. SHAHRIL RIDZWAN WAN BIN ABDULLAH
P.KANAN TADBIR & KURIKULUM : EN. MUHAMMAD BIN YAHYA
P.KANAN HEM : EN. KU HASNI BIN KU MAHMUD
P.KANAN KOKURIKULUM : PN. WAN NOR ANITA BINTI WAN HASSAN